Terma Dan Syarat – Studio 11

Kami di Studio Eleven berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Dan apabila anda bersetuju untuk menggunakan khidmat kami (dengan memilih mana mana pakej atau menghubungi kami secara terus untuk membuat pengesahan penerimaan perkhidmatan dari kami), anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan setiap terma dan syarat di bawah:

  1. Deposit minima untuk menempah tarikh adalah RM200, dan tidak akan dikembalikan
  2. Bayaran penuh SEBELUM EVENT. Ekoran terlalu banyak kes sebelum ini di mana klien kami tidak menunaikan janji mereka setelah menerima perkhidmatan daripada kami, syarat ini adalah tetap. Tanpa bayaran penuh, kami mungkin tidak akan hadir di majlis anda. Oh sungguh tidak indah kejadian itu.  Kami di Studio11 mencari rezeki dengan perkhidmatan kami. Dan setiap payment yang kami terima adalah seolah nyawa kami. Kami pasti, anda boleh memahami situasi kami.Bonus! Dengan setiap bayaran penuh sebelum majlis, anda akan mendapat diskaun RM50 daripada harga pakej kami!
  3. Untuk klien di luar daerah Kuala Terengganu, kami mengenakan caj perjalanan yang minima. Anda boleh hubungi kami dan maklumkan kami lokasi anda, dan kami akan berikan anggaran caj perjalanan.
  4. Kami tidak memberikan gambar yang mengandungi wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna (tidak memakai tudung, skirt pendek, etc) kepada klien. Ini termasuk klien (pengantin) mahupun warga warga di sekeliling klien. Sebagai menghormati mereka hadir di majlis anda, kami akan snap gambar mereka. Tetapi gambar tersebut tidak akan diberikan.

    Begitu juga dengan lelaki yang memakai seluar pendek di atas paras lutut, dan yang mana mana tu, korang faham lah ye. huhuhu

    Jika ada di antara ahli keluarga anda (dimana gambar mereka adalah satu kemestian untuk anda miliki) yang tidak mampu menghormati dan menepati syarat ini, mungkin kami bukan jurugambar yang sesuai untuk majlis anda. Ini termasuk juga para tetamu, rakan rakan, saudara mara dan sahabat. Maaf ya :). Anda boleh menghubungi kami jika tidak jelas dengan syarat ini.

  5. Kami berhak menolak mana-mana klien yang banyak songeh atau yang tidak menghormati kami dan jurugambar kami. Sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa.
  6. Dengan setiap bayaran penuh sebelum event (pakej wedding sahaja), anda akan mendapat mystery gift dari kami 🙂
  7. Dari masa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan beberapa keping gambar anda untuk kami masukkan di laman web atau di instagram kami.
  8. Klien yang berada di sekitar Kuala Terengganu dijemput ke studio kami di Jalan Panji Alam untuk menandatangani perjanjian yang akan melindungi hak anda sebagai klien dan juga hak kami sebagai penyedia perkhidmatan 🙂
  9. Terma Bayaran:
    – Bayaran RM 200 – Booking / Lock Tarikh
    – Sekurang kurangnya 80 % dari harga pakej – sebelum tarikh majlis. Tanpa pengesahan bayaran ini, team kami tidak akan hadir ke majlis anda. Ini adalah ekoran klien terdahulu yang menangguhkan bayaran terlalu lama sehingga menggangu operasi jurugambar kami, dan akhirnya menyebabkan kerugian di pihak kami. Dan juga untuk memudahkan klien menyelesaikan jumlah akhir pakej.
    – Baki 20% sebelum kami hantar gambar anda untuk dicetak atau sebelum kami menyerahkan semua gambar akhir kepada anda.

Anda boleh menghubungi kami di 012 – 981 8395 untuk sebarang maklumat lanjut jika ada apa yang tidak jelas di sini.

Klik DI SINI untuk terus whatsapp kepada kami