Terma Dan Syarat – Studio 11

Kami di Studio Eleven berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Dan apabila anda bersetuju untuk menggunakan khidmat kami (dengan memilih mana mana pakej atau menghubungi kami secara terus untuk membuat pengesahan penerimaan perkhidmatan dari kami), anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan setiap terma dan syarat di bawah:

  1. Deposit minima untuk menempah tarikh adalah RM 100 untuk lock tarikh.
  2. Kami berhak menolak mana-mana klien yang banyak songeh atau yang tidak menghormati kami dan jurugambar kami.
  3. Dengan setiap bayaran penuh sebelum event, anda akan mendapat 5% discount dari kami 🙂
  4. Dari masa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan beberapa keping gambar anda untuk kami masukkan di laman web atau di instagram kami.
  5. Terma Bayaran:

    – Bayaran RM 100 – Booking / Lock Tarikh
    – Sekurang kurangnya 80 % dari harga pakej – sebelum tarikh majlis atau pada hari majlis, selepas selesai sesi penggambaran.
    – Baki 20% sebelum kami hantar gambar anda untuk dicetak atau sebelum kami menyerahkan semua gambar akhir kepada anda.

  6. Anggaran Tempoh Masa Perkhidmatan kami (1-2 bulan)

    – 1-3 hari selepas majlis – kami akan kongsikan beberapa keping dahulu untuk anda
    – minggu ke 2 – minggu ke 6 selepas majlis : anggaran tempoh masa siap proses editing dan design album
    – minggu ke 6 – minggu ke 8 selepas minggu : tempoh masa untuk siap percetakan album
    – Jika sekiranya selepas 2 bulan klien masih belum menerima album yang telah siap (dan kesilapan adalah dari pihak kami), klien akan menerima pampasan sebanyak 10% dari harga pakej bagi setiap satu (1) bulan kami lambat menyerahkan album anda.

  7. Kami hanya menyimpan gambar anda sehingga 6 bulan selepas tarikh majlis anda. Jika kami masih tidak menerima bayaran penuh dari anda setelah majlis selesai, kami tetap akan melupuskan semua gambar tersebut. Anda dinasihatkan untuk menyelesaikan bayaran penuh sebelum 6 bulan dari tarikh majlis anda telah berjalan.

Anda boleh menghubungi kami di Instagram kami untuk sebarang maklumat lanjut jika ada apa yang tidak jelas di sini.